Kredit diberikan kepada En. Mohd Fadzil Yahya Sabri
Membina Rumah Impian Anda (cadangan KWSP)
Selain daripada membeli, anda mungkin bercadang untuk membina rumah impian anda. Jika anda berkemampuan, mengapa tidak? Kelebihan membina rumah sendiri adalah ia boleh dibina mengikut spesifikasi anda sendiri, dan ini dapat mengelakkan sebarang kerja pengubahsuaian tambahan.
Namun begitu, anda dinasihatkan untuk membuat belanjawan sebelum memulakan projek membina rumah impian anda. Tentu sekali lebih mudah sekiranya anda sudah mempunyai tanah sebagai tapak untuk membina rumah tersebut.
Sekiranya anda membeli sebidang tanah untuk tujuan membina rumah di atas tanah tersebut, anda perlu memastikan harga belian tanah dan kos membina rumah digabungkan sebagai satu pakej. Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman bank, pinjaman tersebut perlu menggabungkan kedua-dua pembelian tanah dan pembinaan rumah. Ini penting sekiranya anda bercadang untuk menggabungkan kos keseluruhan (tanah dan rumah) di dalam permohonan pengeluaran KWSP anda. Jika tidak, permohonan anda akan hanya dinilai berdasarkan kos pembinaan rumah sahaja.

Cara Menaksir Harga Rumah Anda
Berikut merupakan cara penaksiran sederhana (formula ini biasa dipakai oleh bank untuk benchmark nilai rumah untuk KPR)
APPRAISAL / BENCHMARK:
Harga Bangunan + Tanah
Harga Tanah = Luas x Harga Pasaran
Harga Bangunan = Luas x Harga Pasaran (kos ubahsuai (renovation) diambil kira)
Harga tadi dijumlahkan (Point 1)
Nilai Penyusutan (Depreciation) = tetapkan standard 10, 15 atau 20 tahun
Tahun Appraisal Dibuat - Tahun Terbit IMB = Usia Bangunan (Bila sudah ada perubahan / renovation, lebih kurang, saja dari situ )
Rumus = Usia bangunan * Harga Bangunan dibagi Nilai Susut (Point 2)
Nilai Strategi (tetapkan dalam nilai tambah : 5, 10, 15 atau lebih)
Ini yang harus dilihat, misalnya untuk wilayah Taman Sri Gombak, dengan kita memiliki rumah disini, kita dapat lihat keadaan dan perkembangan pembangunan di sekitarnya, layaknya kalau untuk kawasan Taman Sri Gombak kita boleh kategorikan nilainya agak tinggi
Rumus : Harga Tanah * Nilai Strategi ex. 10% (Point 3) Setelah dapat amaun bagi 1, 2 dan 3, sila buat kiraan menggunakan formula berikut :
(Point 1 + Point 3) - Point 2 = Itulah Perkiraan harga rumah anda...
Okey, mudah-mudahan kita boleh sama-sama manfaatkan, sudah tentu setiap orang punyai cara tersendiri untuk membuat kiraan harga rumahnya. Sebarang komen/respons daripada anda?
Cara Membuat Rumah Menjadi Luas
Rumah merupakan tempat istirehat setelah lelah seharian bekerja. Rumahku Istanaku, istilah tersebut memang tepat untuk menggambarkan betapa seronoknya kita akan rumah yang tenang dan damai. Namun jika rumah terlalu kecil dan sempit, tiada ruang untuk beristirehat, bagaimana boleh dijadikan Istanaku. Memiliki rumah kecil dan sempit, bukan bererti anda tidak akan dapat menikmati ketenangan dan kedamaian. Kesan indah, rapi dan lapang masih dapat anda perolehi jika mengetahui tekniknya. Agar rumah yang kecil dan sempit kelihatan lapang dan tenang, ikuti tips berikut :

- Manfaatkan ruangan kosong sebaik mungkinRuang-ruang kosong yang tidak terisi dapat anda gunakan sebagai tempat meletakkan barang. Di bawah tangga misalnya, dapat anda isi dengan perabot atau perkakas yang sering anda gunakan sehari-hari seperti alat berkebun, perkakas tukang, rak kasut, dll. namun hindarkan melonggokkan barang2 sehingga ruangan akan terlihat tidak rapi dan padat.
- Pencahayaan lampu yang betul di dalam rumahCahaya lampu yang dapat anda gunakan adalah kuning dan putih. Lampu kuning akan memberikan kesan hangat, segar, alami dan romantis. Sedangkan lampu putih akan memberi efek formal, dingin, luas, dan bersahabat.
- Kedudukan jendela dan pemilihan kacaPengaturan posisi jendela dan kaca yang digunakan juga sangat penting dalam membuat rumah anda terlihat lebih luas. Hindari menggunakan ukuran jendela yang besar dan kaca yang terlalu banyak motif. Pada saat membina rumah, posisi jendela harus dipasang pada posisi yang tepat agar sinar matahari dapat bebas keluar masuk dan membantu situasi rumah sehingga memberikan kehangatan dan memperluas pandangan.
- Pemilihan warna cat atau kertas dindingAda baiknya anda memilih warna dinding yang terang dan cerah untuk menghindarkan rumah kelihatan sempit. Jika ingin menggunakan kertas dinding (wallpaper), pilihlah yang bermotifkan garis-garis halus atau kotak-kotak kecil.
- Tangga rumahUntuk rumah 2 tingkat, tangga sebaiknya dipilih dari bahan logam kerena lebih ringan dan ramping.
- Bahan dan bentuk marble/tiles rumah.Gunakan marble/tiles atau perabot rumah yang berbentuk mudah dan warna yang menyerupai warna dinding. Selain ianya tidak menghasilkan efek sempit dan berat, perabot tersebut akan memperelokkan pandangan di dalam ruangan.
Semoga tips-tips di atas dapat memberi membantu dan memberi idea kepada anda semua. Selamat Mencuba!!!